Taman Negara Pahang
Taman Negara Pahang
Taman Negara Pahang merupakan taman negara dan hutan simpan yang pertama di Malaysia dan juga merupakan tempat pelancongan di Pahang yang sangat popular.Antara aktiviti menarik disini adalah river cruise,jungle trekking,melihat flora dan fauna dan perkampungan orang asli.Puncak tertinggi di hutan simpan adalah Gunung Tahan yang merangkumi pelbagai spesis Flora & Fauna yang sangat eksotik.
Bagi yang sukakan alam semulajadi,anda patut cuba menghayati keindahan di sini.Hutan Taman Negara Pahang ini telah berusia lebih jutaan tahun dan banyak khazanah semulajadi yang boleh dihayati dan dijaga bersama.

Pihak Jabatan Perhilitan Taman Negara juga banyak menyediakan kemudahan asas untuk ribuan pengunjung di Taman Negara Pahang Malaysia.
Perkhidmatan Restoran Terapung yang beroperasi pada waktu malam.
Penginapan di Sektor Jeti Taman Negara bermula dari 3 bintang.
Perkhidmatan Restoran Terapung yang beroperasi pada waktu malam.
Penginapan di Sektor Jeti Taman Negara bermula dari 3 bintang.
Perkhidmatan Bot setiap hari.
Kemudahan tempat meletak kereta berbayar.
Perkhidmatan bot dari Kuala Tembeling.
Pondok-pondok di sekeliling Taman Negara.
Kemudahan tempat meletak kereta berbayar.
Perkhidmatan bot dari Kuala Tembeling.
Pondok-pondok di sekeliling Taman Negara.
Aktiviti & Port menarik.
Aktiviti popular seperti mendaki Gunung Tahan,Air Terjun 4 tingkat,Jungle Trekking,menaiki Jambatan Gantung,Hiking,Caving,Menaiki bot kayu,Night Walk,Sintuari Ikan Kelah,Team Building & banyak lagi.
Cantik bukan keindahan alam semulajadi?
Aktiviti lasak yang dijalankan tanpa berasa letih dan penat....
Anda akan singgah di sintuari Ikan Kelah.Mandi manda sambil berkejaran bersama spesis termahal ini.Waktu pagi hari dan petang menjadikan masa yang terbaik untuk melakukan aktiviti ini.
Makanan yang menjadi bahan bualan semasa di Taman Negara Pahang ini.
1.Ikan Patin Masak Tempoyak
Ikan Patin ada banyak jenis.Ada yang jenis Ikan Patin Kolam,Ikan Patin Sangkar dan paling mahal....Ikan Patin Sungai.Jika anda penggemar tegar ikan patin,anda patut cuba masakan di Taman Negara Pahang ini.
2.Ikan Kenerak Masak Asam Rong
Gulai ini sememangnya unik kerana asam rong berasal daripada biji getah yang telah dikeringkan serta ditumbuk.Anda harus cuba ini!!!!
3.Sambal Belimbing Hitam
Sambal Belimbing ini merupakan gabungan daripada belimbing buluh yang direbus sehingga berwarna hitam.Sambal belimbing ini tahan lama dan sesuai dibawa dimana mana.
4.Ikan Kelah Asam Kukus
Ikan Kelah memang sukar untuk didapatkan.Takhairanlah jika harga 1kg mencecah ratusan ringgit.Isinya memang sedap dan manis.
5.Pais Ikan Patin
Ini pula ikan patin yang dibakar bersama tempoyak!Jangan pelik kerana Pahang memang terkenal dengan ikan patin dan tempoyak.
Comments
Post a Comment