Candi Lembah Bujang

Candi Lembah Bujang


Candi Lembah Bujang
Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia kerana mempunyai khazanah tinggalan zaman.Kebanyakan candi yang ditemui hanya tinggal bahagian tapak sahaja.Sejak itu,ada antara candi yang dijumpai telah dibina semula.Antaranya,ialah candi yang dijumpai di Batu Pahat.



Muzium Arkeologi embah Bujang merupakan muzium yang pertama seumpamanya di Malaysia.Jadi pengunjung yang minat tentang sejarah lama Negara kita sewajarnya berkunjung disini.




Di dalam galeri,dipamerkan replica muka bumi di sekitar Candi Lembah Bujang ini.Semua candi ini berunsurkan agama Hindu , ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu,

Vimana:Bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan.
Mendapa:Bahagian luar candi


Tahun demi tahun berlalu ,banyak artifak telah ditemui di Lembah Bujang , tembikar,perkakas batu,tanah liat,cebisan kaya,manik, dan seramik Parsi membuktikan kawasan ini telah manjalankan perdagangan suatu ketika dahulu.



Serphihan perahu yang ditemui semasa kerja-kerja penggalian arkeologi di beberapa lokasi di Sungai Muda yang menjadi laluan perdagangan.



Candi utama yang dikenali sebagai Candi Batu Pahat.




Terdapat lubang batu di pinggir candi dipercayai sebagai tempat untuk meletakkan tiang candi.



Ukiran batu pada candi.



Candi-candi ini membuktikan bahawa Lembah Bujang pernah menjadi pusat penyebaran agama Hindu suatu ketika dahuku.Walaubagaimanapun,sebahagian daripadanya telah musnah dan struktur asalnya tidak dapat dibentuk semula.

   



         antara candi lain yang ditemui di sekitar Lembah Bujang.



Sebuah kendi yang diperbuat dari Tanah liat dipercayai dari Asia Barat didagangkan di Lembah Bujang.




Patung Buddha yang dijumpai di tapak candi.




batu candi yang diperbuat daripada granit.




Surau dan tandas ada dibawah.Pengunjung seharusnya datang dan melawat ke tempat ini dengan sendiri untuk merasai zaman-zaman dahulu kala.Tiada bayaan yang dikenakan untuk warganegara Malaysia.















































































Comments

Popular Posts