Santuari Burung Kuala Gula
Santuari Burung Kuala Gula
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan , terletak kira-kira 50km antara Taiping dan Kuala Kurau.Ia adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang meliputi kawasan berlumpur dan hutan paya bakau.
Terdapat pelbagai spesis burung hijrah yang singgah di Santuari Burung Kuala Gula dua kali setahun,iaitu antara bulan September hingga Mac.Burung-burung tersebut berasal dari luar Negara.
Pengunjung seharusnya melawat ke sini untuk melawat kecantikan makhluk ciptaan tuhan ini.Pengunjung yang dating kesini sudah tentunya akan dating lagi akibat terpesona dengan kecantikan burung yang terdapat disini.
Aktiviti Sesuai
-Bagi mereka yang berminat,kegiatan , kegiatan utama disini ialah melihat burung-burung , sama ada dari atas bot mahupun dari rumah pemerhatian yang terletak di tengah laut.
Jenis Burung Yang Ada
Terdapat dua kategori burung di Santuari Burung Kuala Gula ini,iaitu burung kekal disini dan burung yang berhijrah.Kedua-dua jenis burung ini menjadi tarikan utama peminat burung ke Kuala Gula ini.
Aktiviti Menarik Lain
Di Kuala Gula,selain mengintai burung,anda mempunyai pilihan lain,terutama bagi pengunjung yang berminat dalam memancing.Anda juga berpeluang untuk melawat kawasan penternakan kerang.
Pengunjung digalakkan untuk mengambil gambar semasa disini untuk dijadikan kenangan yang tidak mungkin dilupakan.Kawasan ini adalah syurga flora dan fauna.
Selain itu,terdapat juga rumah rehat yang mempunyai bilik yang disediakan kepada pengunjung.Di situ,terdapat juga sebuah pusat penerangan berfungsi sebagai tempat maklumat untuk para pengunjung.
Comments
Post a Comment