Pantai Merdeka


Pantai Merdeka

Image result for pantai merdeka


Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah.Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda , 60KM ke selatan Alor Setar.Pantai Merdeka terletak di selatan muara Sungai Merbok.Dari pantai ini, pengunjung boleh melihat pemandangan indah Gunung Jerai dengan jelas,pengunjung juga boleh melihat Tanjung Dawai yang terletak di Utara Muara Sg.Merbok.


permandangan


Salah satu tarikan utama di Pantai Merdeka ialah pemandangan Gunung Jerai yang tersergam indah di hadapan mata dan juga pekan Tanjung Dawai yang terletak bertentangan dengan Pantai Merdeka.Pantai ini akan dibanjiri atau dipenuhi oleh orang ramai apabila tibanya musim cuti persekolahan dan hujung minggu.Jadi jika anda ingin datang ke sini , mahukan ketenangan , elakkan daripada datang pada waktu-waktu tersebut.


family


Kehadiran pengunjung disambut oleh angin dan membuat pengunjung rasa seperti berada di dunianya sendiri serta bunyi desiran pantai dan laut biru yang begitu indah.



abc gunung jerai


Terdapat juga medan selera untuk para pengunjung mengisi perut setelah penat berjalan seharian.Dikatakan terdapat lebih dari 15 gerai menjual berbagai jenis makanan dan minuman.Tidak ketinggalan juga,disediakan bot pelancong untuk pengunjung menyewa bot untuk bersiar-siar melihat pemandangan menarik di sekitar Pantai Merdeka.


sunset


Panorama pantai yang cantik merupakan idaman bagi banyak orang.Kecantikan Pantai Merdeka,Kedah membuat pengunjungnya rasa seperti dipukau.Disebabkan itu Pantai Merdeka sering dilawati oleh pengunjung dari segenap tempat tidak kira dalam atau luar Malaysia.


pantai


Aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Merdeka sangat sesuai bagi hampir semua yang meminati sukan outdoor seperti berkayak , berenang dan boleh juga menaiki banana boat.Selain daripada itu,pengunjung juga boleh menyewa sampan yang dimiliki oleh orang kampung disitu untuk merasai sendiri keindahan berada di pantai.



















Comments

Popular Posts