Kota A' Famosa

Kota A' Famosa


Image result for kota a famosa


Pintu masuk Kota A Famosa merupakan lambang Portugis pernah menjajah Melaka 500 tahun yang lalu.Kepada sesiapa yang melawat negeri Melaka,Bandaraya Bersejarah,pasti akan sudah pergi ke Kota Pertahanan yang terkenal ini , iaitu Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis pada tahun 1511.





Kota A Famosa ini telah dibina oleh Alfonso De Albuquerque pada 25 Julai 1511 kerana panglima Portugis ini sangat takut akan serangan balas tentera-tentera Melaka.Kota ini mempunyai 5 penjuru.Setiap penjuru kota dibina bangunan setinggi 5 tingkat berbentuk kubu yang akan dikawal oleh tentera Portugis.





Sepanjang Portugis berada di Melaka,Portugis kerap kali diserang dari pelbagai sudut silih berganti sama ada di laut maupun di darat , namun Kota A Famosa inilah yang menjadi penyelamat bagi semua serangan ini.




Terdapat kubur-kubur pembesar Portugis di dalam Kota ini




Kota A Famosa adalah buah tangan Alfonso De Albuquerque yang ternyata begitu ampuh untuk menahan apa saja serangan dari setiap penjuru.Cubaan serangan dari askar-askar Melaka yang kuat juga tidak mampu untuk meruntuhkan kota ini.



(Pandangan belakang Kota A' Famosa)



(Bahagian tepi Kota A Famosa)



(Kota A Famosa telah diiktiraf sebagai tapak Warisan Kebangsaan pada tahun 2012)


Kesimpulannya : Sempena Hari Sambutan Malaysia iaitu pada 16 September 2012,sama-samalah kita bersatu padu menjaga tanah tumpah darah ini supaya tidak dijajah lagi.Jangan biarkan anasir-anasir luar yang cuba menggugat kedamaian dan keharmonian negara yang bertuah ini.






























Comments

Popular Posts