Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu




Menurut lagenda kaum Kadazandusun,dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu , ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara.Gunung Kinabalu juga merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.




Pemandangan daripada puncak ditutupi dengan pandangan kabus , tali putih yang panjang diletakkan sebagai panduan supaya para pendaki tidak tersasar daripada trek asal.Bagi pendaki-pendaki yang bakal menawan Gunung Kinabalu , anda mestilah mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang kuat untuk menempuhi cabaran mendaki Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini.



Pandangan dari atas puncak Gunung Kinabalu.Dingin bukan ?



Suasana di Puncak Kinabalu , pendaki menunggu giliran untuk bergambar di puncak Gunung disambut dengan kehadiran pendaki dari seluruh dunia yang menjejakkan kaki di Gunung Tertinggi di Asia Tenggara.



Pandangan atas Gunung Kinabalu menampakkan Bukit Ranau dari paras awan.




Salah satu checkpoint yang terdapat di Gunung Kinabalu,terdapat kemudahan minuman dan tandas disitu untuk para pendaki.Terdapat juga ruang rehat kepada pendaki yang ingin menyedut udara segar di gunung ini.



Tumbuh-tumbuhan yang masih tumbuh dengan segar dan kehijauan di celahan batu.Pelik bukan?



Tumbuhan yang masih dapat hidup di celahan batu,banyak juga ya yang bertumbuh disini...



Tangga yang digunakan oleh pendaki Gunung Kinabalu di kaki gunung.Tangga ini digelar sebagai tangga ular kerana bentuknya yang melengkung seperti ular.



Perjalanan kembali ke Laban Rata.Ketika menuruni ke kawasan ini,pendaki haruslah berhati-hati kerana jalannya yang licin akibat kawasan yang mendap.



Pintu keluar , pendaki akan berasa gembira setelah berjaya menempuhi cabaran mendaki Gunung Tertinggi di Asia Tenggara ini.















































Comments

Popular Posts