Taman Negara Bako
Taman Negara Bako
Taman Negara Bako adalah taman negara yang terletak di Kuching , Sarawak , Malaysia.Ia adalah Taman Negara yang tertua di Sarawak.Ia meliputi kawasan seluas 27.27 kilometer persegi.
Jarak perjalanan adalah kira-kira 40 kilometer dari bandaraya Kuching.Ianya tercipta hasil dari hakisan batu pasir lalu membentuk tebing curam dan tanjung yang berpasir putih.Hasil dari hakisan gelombang di dasar tebing terukirlah tanjung berbatu ,gerbang laut dan 'seastacks' yang hebat dengan corak berwarna yang terbentuk hasil dari pemendapan besi.
\
'Seastack' yang terkenal adalah yang berbentuk seperti kepala kobra dan boleh dilihat semasa menaiki bot menuju ke Taman Negara tersebut.Beberapa 'seastack' juga boleh dilihat semasa memasuki Pantai Teluk Assam.Taman ini hanya boleh didatangi dengan menaiki bot selama 20 minit dari Kampung Bako.Ia sering dikunjungi oleh pelancong dan peminat alam sekitar..
Terdapat banyak pokok-pokok yang mati pada suatu masa tertentu disini kerana musim.Pokok-pokok ini menarik perhatian para pelancong dalam menunjukkan ciri-cirinya yang tersendiri.
Aktiviti 'trekking' sudah menjadi aktiviti utama di Taman Negara Bako ini.Ia mempunyai 16 laluan yang berbeza dan kita boleh memilih laluan tersebut berdasarkan tahap kecergasan kita.Sebagai contohnya , jika anda ingin melihat pelbagai jenis monyet , anda pelu memilih laluan Tanjung Paku iaitu jaraknya lebih kurang 800m dari Taman Negara Bako.
Secara umumnya,terdapat banyak laluan yang mencabar.Jadi ia merupakan suatu cabaran kepada pelancong untuk meneruskan perjalanan dan akhirnya melihat pemandangan yang indah indah disini.
Antara pemandangan yang indah di Taman Negara Bako,pasir disini halus dan memikat para pelancong.Jika anda sedar,batu batu di bawah itu saling bertindihan antara satu sama lain.
Pemandangan indah dari atas , pemandangan teluk pantai berbatu yang banyak mendatangkan kedinginan kepada pelancong.
Terdapat juga notis notis demi keselamatan pelancong disini.
Selepas penat dengan mengembara hutan , pelancong digalakkan merantau di teluk ini dengan bot yang terdapat disitu.Bayaran yang dikenakan amat berpatutan kepada semua orang termasuk pelancong dari dalam dan luar negara.
Bako Seastack dari sudut yang berbeza...Cantik bukan ?
Dengan kewujudan Taman Negara ini , sudah terbukti lagi bahawa Malaysia mempunyai banyak tempat tempat yang menarik yang mampu bersaing dengan tempat tempat menarik di luar negara.Tempat sebegini sesuai dilawati oleh keluarga yang bercuti , trip pelajar sekolah , dan sesuai untuk semua orang.
Jadi , saya menyarankan kepada semua orang agar menjadikan tempat ini sebagai destinasi mereka pada masa akan datang!!
Comments
Post a Comment