Istana Lama Seri Menanti
Istana Lama Seri Menanti
Istana Seri Menanti dikatakan mendapat nama daripada tiga batang padi yang tumbuh di kawasan itu yang dinamakan padi menanti atau 'Semangat Padi Yang Menanti'.Dalam bahasa Jawa , padi bererti 'Seri' , lalu ia diubah nama kepada Seri Menanti , di kawasan 3 batang padi ini juga dikatakan didirikan namun , terdapat juga khabar angin yang mengatakn tentang kisah seorang isteri yang menanti kepulangan seorang suami begitu lama sehingga orang-orang kampung menamakan tempat tersebut sebagai Istana Menanti.
Istana ini setinggi empat tingkat.Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar & Taib.Tukang Kahar dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sultan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau.Pelan istana ini telah diperincikan semula.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki yang melambangkan 99 orang pahlawan yang bertugas mengawal istana tersebut suatu masa dahulu.Keempat-empat tiang ini telah dari Bukit Pergai,Jelebu.Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak.
Ukirannya seninya yang halus pada setiap dinding istana tersebut menarik perhatian para pelancong untuk datang ke sini tanpa rasa jemu.
Istana Lama Seri Menanti merupakan istana yang unik dan terbesar di dunia yang pernah dibina oleh manusia dengan menggunakan bahan kayu.Ia dibina pada 1902 dan siap pada 1908.Istana ini dirasmikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah.Baginda telah bersemayam di istana sehingga tahun 1931.
Istana ini didirikan setinggi empat tingkat serta dihiasi dengan ukiran yang terdapat pada tiang-tiang dan lambai-lambai.Prinsip rekabentuknya adalah simetri yang mementingkan keseimbangan di peringkat pelan,tampak,ukiran dan butiran lukisan,struktur dan perancangan tapak.Penyusunan ruang juga seimbang dimana ruang yang terdapat di sebelah kanan juga terdapat pada sebelah kiri.
Ukiran yang diterapkan pada istana ini mempunyai maksud yang tersendiri , antaranya membawa maksud 'sela sekata' dalam masyarakat Minangkabau.Secara keseluruhannya pola ukiran dikenali sebagai 'awan larat'.
Istana ini digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali.Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 hingga tahun 1964.
Jadi,tempat ini amat sesuai dijadikan tempat untuk dilawati terutamanya pada keluarga yang bercuti.Tempat bersejarah ini haruslah dijaga dan dipelihara dengan rapi supaya tidak ditelan zaman.
Comments
Post a Comment