Fort Cornwallis


Fort Cornwallis , Pulau Pinang


Fort Cornwallis ialah tempat bersejarah di Pulau Pinang sangat popular.Ia adalah antara lokasi yang wajib dilawati bagi sesiapa jua yang pertama kali menjejakkan kaki ke pulau ini.Kota lama yang dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light ini berfungsi sebagai benteng pertahanan bagi menahan serangan berbagai pihak temasuk kerajaan Kedah pada masa itu.



Lanskap Menarik

Sebaik memasuki kota ini , anda akan terpegun dan seolah kembali ke zaman silam.Sebagai pusat pelancongan , lanskap di Fort Cornwallis ini agak menarik.Pokok-pokok bunga ditanam ditepi  laluan pejalan kaki manakala pokok pokok besar pula meneduhi kota ini.Kerusi dan meja juga disediakan untuk pelancong berehat dibawah pokok.




Chapel & Barracks

Jika anda mula melawat di sebelah kanan pintu masuk , anda akan melihat sebuah Chapel & Barracks.Di setiap bilik barracks ,terdapat penerangan tentang sejarah Fort Cornwallis manakala Chapel merupakan artifek silam tersendiri.Kedudkan dan binannya agak unik sekali.








Seterusnya,anda akan menaiki bukit ditebing kota dimana anda akan dapat melihat 'Queen Victoria Memorial Clock Tower yang terletak di kawasan berhampiran.Dari situ,anda boleh berjalan terus ke rumah api yang terletak di penjuru kota kiri.



Rumah Api


Tiba di rumah api pula,anda akan melihat binaan yang cukup berlainan dari biasa.Tali-tali yang mengikat rumah api ini keliihatan seolah-olah tiang layar kapal perang di zaman dahulu.Dari rumah api,anda akan melalui kawasan dinding Fort Cornwallis dimana meriam-meriam yang tersusun menghadap laut.Disini anda pasti terpegun melihat pemandangan cantik laut yang terbentang luas.



Stor menyimpan serbuk senjata api



Stor menyimpan serbuk senjata api dalam Bahasa Inggeris dipanggil "magazine" juga terdapat didalam Fort Cornwallis.Ini ialah stor utama dan terletak di kawasan berhampiran meriam-meriam 
yang menghadap laut.Ia mempunyai bentuk yang agak unik.Pintunya dibuka dan pelancong boleh memasuki ke dalam stor ini untuk melihat keadaannya.


Meriam Sri Rambai


Secara umumnya,melawat tapak bersejarah di Pulau Pinang sememangnya satu pengalaman yang berharga sekiranya anda seorang pelancong yang ingin mendalami nilai-nilai sejarah sesuatu tempat dan gemarkan aktiviti santai.

























Comments

Post a Comment

Popular Posts