Port Dickson


10 Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Di Port Dickson, Negeri Sembilan

By;Muhammad Danial Haikal Bin Ghazali




Port Dickson , Negeri Sembilan merupakan tempat yang tidak asing lagi di Malaysia.Ia adalah sebuah kawasan pantai yang panjang dan telah dibangunkan dengan berbagai kemudahan pelancongan seperti resort dan aktiviti menarik untuk disertai.




 Boleh dikatakan pada hujung minggu, Port Dickson akan dipenuhi dengan pelancong-pelancong sama ada dari dalam atau luar negara. Jaraknya yang berhampiran dengan Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur menjadikan Port Dickson sebagai destinasi pilihan untuk beristirehat . Disini ada beberapa tempat dan pantai menarik yang mesti anda kunjungi sekiranya pertama kali datang ke Port Dickson.





1.Pantai Port Dickson

 Terdapat beberapa pantai yang sesuai untuk mandi manda dan menjalankan aktiviti air disini antaranya seperti Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Gemuk, Pantai Bagan Pinang, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Saujana, Pantai Purnama, Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon) dan Pantai Cermin.




2.Jeti Pulau Cahaya

 Keunikan jeti ini ialah ia menghubungkan di antara Pulau Cahaya dan Pulau Burung. Di sini juga pengunjung boleh menikmati keindahan Laut Selat Melaka dan persisiran Pantai Port Dickson serta panorama matahari terbenam pada waktu senja. Sekiranya air laut pasang, pengunjung boleh melihat dari atas jeti pelbagai jenis ikan berenang sambil berehat bersama keluarga.




3.PD Ostrich Farm

 Di sini, pengunjung boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memberi makan serta menunggang burung unta.








                                                                                                                            





10 Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Di Port Dickson, Negeri Sembilan

Artikel Penuh: http://www.orangnogori.com/10-tempat-menarik-yang-boleh-dilawati-di-port-dickson-negeri-sembilan.html
© orangnogori.com

Comments

Post a Comment

Popular Posts