Zoo Negara
Zoo Negara

Zoo Negara Kuala Lumpur merupakan zoo yang paling popular di Malaysia yang terletak di Ampang.Zoo ini menempatkan ratusan haiwan dalam dan luar negara.Antara yang popular disini adalah panda,penguin,harimau bintang,ikan lumba-lumba,singa dan banyak lagi.

Harga tiket untuk setiap pelancongan sentiasa berubah termasuk Zoo Negara.Jika sebelum ini harga tiket masuk ke Zoo Negara tidak termasuk dengan lawatan ke beruang panda dijual secara berasingan.Kini,harga tiket ke Zoo Negara adalah termasuk dengan kesemua tarikan yang ada disini termasuk dengan lawatan ke beruang panda.

Memandangkan Zoo Negara ini memang besar & banyak lokasi sangkar haiwan , maka masa yang diperlukan untuk ke seluruh tempat mengambil masa sekitar 2-3 jam.
Kalau anda malas berjalan kaki,anda boleh menaiki tram yang akan membawa anda mengelilingi zoo ini.Namun menaiki tram memang tidak puas sebab tak dapat melihat haiwan dengan lebih dekat.
Bilangan binatang eksotik di sini memang banyak dan pasti membuatkan anak-anak tak senang duduk melihat haiwan-haiwan di sini.
Setiap sangkar disertakan dengan pelbagai informasi bergambar berkenaan dengan sesuatu binatang.Sangat memudahkan untuk pengunjung dan juga pelajar-pelajar untuk engenali haiwan di seini kerana rata-rata haiwan yang ada memang sukar dijumpai.
Terdapat juga haiwan panda disini.Ruangan tayangan kepada pengunjung amatlah selesa sekali.Struktur binaan tempat beruang ini sekali pandang seperti sebuah stadium mini.Namun itulah hakikatnya penjagaan beruang panda ini memerlukan tahap penjagaan yang rapi untuk memastikan keadaannya yang sangat sihat.
Terdapat juga haiwan yang malu disini,walaupun ianya harimau namun ia terkenal dengan sifat malunya.
Comments
Post a Comment