Sunway Lagoon Malaysia
Sunway Lagoon


Sunway Lagoon ialah taman tema popular yang terletak di Petaling Jaya , Selangor.Ia dibina dikawasan seluas 88 ekar , ia mempunyai lebih 80 tarikan pelancong yang terdiri dari Water Park,Amusement Park,Wildlife Park,Extreme Park dan Scream Park.

Sunway Lagoon juga pernah dianugerahkan sebagai taman tema air yang keempat terbaik di Asia Tenggara oleh TripAdvisor pada tahun 2015.Antara kemudahan lain yang ada disini adalah pusat membeli belah Sunway Pyramid dan Hotel.

Berikut merupakan harga tiket bagi setiap peringkat umur , harga tiketnya adalah sangat berpatutan dan amat bersesuaian dengan kualiti dan servis yang disediakan pada pengunjung.Bagi pengunjung yang bertuah,jika mereka dating tepat pada masanya , mereka akan mendapat diskaun 30% - 50% di hari hari percutian di Malaysia.

Berikut merupakan peta-peta yang menunjukkan arah kepada pengunjung supaya pengunjung tidak sesat.
Jika kita lihat peta diatas,Sunway Lagoon terbahagi kepada empat tarikan utama.Amusement Park,Wildlife Park,Extreme Park dan Water Park.Pengunjung dinasihatkan membuat plan yang betul dalam memilih permainan.Pengunjung mestilah bijak membahagi masa dalam bermain dengan semua permainan ini.

Permainan ini mendapat sambutan yang hangat dari pengunjung yang datang kesini.Permainan ini hanya sesuai dimainkan oleh pengunjung yang berumur 20 tahun dan keatas.Jadi ia bukan halangan untuk keluarga yang membawa anak anak mereka kerana mereka juga mempunyai permainan yang sesuai disediakan kepada mereka.


1.VUVUZUELA
Ia adalah luncur air yang terbesar , tertinggi dan yang paling mendebarkan dunia.Anda akan terjun dari menara pelancar setinggi 11 tingkat dan meluncur laju melalui gelongsor air yang berliku sepanjang 152 meter.Kemudian,anda akan menjunam kedalam corong gergasi seluas 22meter dan anda akan merasai graviti sifar sebelum meluncur ke luar dari corong untuk sampai ke kemuncak gelongsor air.


2.Waterplexx 5D
Sebuah 'virtual ride' yang direka dengan multi-sensorial meliputi kerusi yang bergerak , visual 3D ,angina,kabus,laser dan pencahayaan yang sangat mengujakan.Waterplexx 5D di Sunway Lagoon ini adalah permainan yang pertama di dunia.


3.Colorado Challenge
Dua Gelongsor air yang menyeronokkan.Ianya sesuai digunakan untuk kanak-kanak mahupun dewasa.


4.Little Zimbabwe
Kawasan permainan untuk kanak-kanak.Terdapat beberapa gelongsor air yang menarik dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak.
5.Wildlife Park
Kawasan taman yang mempunyai 150 sepsis haiwan pelbagai jenis termasuk burung , ikan , reptilian, dan mamalia.Antara binatang istimewa dan jarang dilihat tetapi terdapat disini ialah :
-singa putih
-beruang
-ungka
-memerang
-burung enggang
-burung merak
-pygmy marmoset
-anjing prairie
Comments
Post a Comment